Wednesday, 3 January 2018

Pakej Lombok + Gili Trawangan (Indonesia)






RM 699.00 nett seorang (minima 4 orang)
RM 799.00 nett seorang (minima 2 orang)


Harga Termasuk :-
- 2 malam penginapan di Lombok 
- 2 x sarapan pagi di Hotel, 2 x makan tengahari & 2 x makan malam.  
- Lawatan seperti dalam jadual
- Tiket masuk ke tempat lawatan
- Pengangkutan pergi & balik dari Airport ke Hotel
- Pemandu pelancong 
- Private bot. 

Harga Tidak Termasuk :-
- Tiket penerbangan 
- Lawatan tambahan
- Insuran perjalanan
- Surcharge semasa High Season (Julai & Ogos, Hari Perayaan Krismas & Tahun Baru)
- Item yang tidak dinyatakan (seperti di atas)

Tentatif Jadual Lawatan :-

Hari 1 (makan tengahari & makan malam)
Tiba di Lombok. Peserta akan dibawa ke Restoran Tempatan. Lawatan ke DESA SUKARARE dimana para peserta akan berpeluang melihat sendiri dengan lebih dekat aktiviti tenunan yang terdapat di Lombok, selain DESA SADE yang juga akan dilawati oleh peserta. Di sebelah petang, peserta akan dibawa melawat pantai yang popular di Lombok iaitu KUTA & AN BEACH. Makan malam di Restoran Tempatan. Bertolak ke Hotel untuk sesi pendaftaran masuk. Aktiviti bebas.

Hari 2 (sarapan pagi, makan tengahari & makan malam)
Sarapan pagi di Hotel. Peserta akan dibawa ke Pasar Tempatan. Kemudian, sambung lawatan ke Hutan Pusuk Lombok yang terletak di sempadan antara Lombok Barat dan Lombok Utara. Peserta juga berpeluang menikmati pemandangan yang cukup indah mengadap pulau-pulau Gili. Antara tarikan lain adalah, di sini juga terdapat ratusan spesis monyet liar yang berkeliaran. Sambung lawatan ke Pelabuhan NARA TELUK untuk menaiki bot ke Tioman dimana terdapat aktiviti sukan air (perbelanjaan sendiri). Makan tengahari di Restoran Tempatan. Bertolak pulang ke Hotel. Dalam perjalanan, singgah di Pantai Nipah dan Bukit Malimbu untuk bergambar sambil menikmati matahari terbenam di Pulau Bali. Makan malam di Restoran Tempatan. Setibanya di Hotel, aktiviti bebas.  

Hari 3 (sarapan pagi)
Sarapan pagi di Hotel (disediakan). Aktiviti bebas. Daftar keluar Hotel. Bertolak ke Airport untuk penerbangan pulang. 

No comments:

Post a Comment