Tuesday, 2 January 2018

Pakej Kota Kinabalu & Kundasang














Pakej 3 Hari 2 Malam (Hari Biasa/Hari Minggu) - MINIMA 4 ORANG
RM 549.00 nett seorang (dewasa) - bilik berdua/bertiga
RM 509.00 nett seorang (kanak-kanak 3-12 tahun) - kongsi bilik berkatil

Pakej 3 Hari 2 Malam (Hari Perayaan/Cuti Sekolah/Cuti Umum) - MINIMA 4 ORANG
RM 579.00 nett seorang (dewasa) - bilik berdua/bertiga
RM 539.00 nett seorang (kanak-kanak 3-12 tahun) - kongsi bilik berkatil

Pakej 3 Hari 2 Malam Termasuk :-
- 1 malam penginapan di Kundasang  
- 1 malam penginapan di Kota Kinabalu 
- Lawatan & pengangkutan seperti dalam jadual
- Pemandu pelancong 
- Tiket masuk ke Desa Dairy Farm (Ladang Lembu New Zealand)
- Tiket masuk ke Luanti Kelah Sanctuary

Tentatif Jadual Lawatan :-

Hari 1 - Kota Kinabalu-Ranau-Kundasang
- Tiba di Lapangan Terbang Antrabangsa Kota Kinabalu, peserta akan dibawa ke Restoran Tempatan untuk makan tengahari (perbelanjaan sendiri). 
- Selepas makan, peserta akan dibawa melawat ke : Rumah Terbalik, Jambatan Gantung Tamparuli & Pasar di Pekan Nabalu untuk membeli-belah. 
- Tiba di Hotel. Daftar masuk. Aktiviti bebas.

Hari 2 - Kinabalu Park-Kundasang-Kota Kinabalu
- 7.30pg, berkumpul di lobi Hotel. Daftar keluar. 
- Peserta akan dibawa ke Restoran Tempatan untuk sarapan pagi (perbelanjaan sendiri).
- Selepas makan, peserta akan dibawa melawat : Kinabalu Park, Dairy Farm & Poring Hot Spring (canopy walkway & hot spring @ kolam air panas semulajadi).
- Peserta akan dibawa ke Restoran Tempatan untuk makan tengahari (perbelanjaan sendiri).
- Selepas makan, peserta akan dibawa melawat : Kg. Luanti (fish massage) & Pasar Tani Kundasang.
- Bertolak ke Kota Kinabalu. Daftar masuk Hotel. Aktiviti bebas.

Hari 3 - Kota KInabalu 
 - 8.30pg, berkumpul di lobi Hotel. Daftar keluar. 
- Peserta akan dibawa ke Restoran Tempatan untuk sarapan pagi (perbelanjaan sendiri). 
- Selepas makan, peserta akan dibawa melawat : Muzium Negeri, Singnal Hill, Pantai Tg. Aru, Masjis Terapung Likas, Bangunan Sabah Foundation & membeli-belah di Pasar Filipina, Pasar Ikan Kering/Frozen. 
- Bertolak pulang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.
...............................................................................................................

Pakej 3 Hari 2 Malam (Hari Biasa/Hari Minggu) - MINIMA 2 ORANG
RM 425.00 nett seorang (dewasa) - bilik berdua/bertiga
RM 375.00 nett seorang (kanak-kanak 3-12 tahun) - kongsi bilik berkatil

Pakej 3 Hari 2 Malam (Hari Perayaan/Cuti Sekolah/Cuti Umum) - MINIMA 2 ORANG
RM 455.00 nett seorang (dewasa) - bilik berdua/bertiga
RM 405.00 nett seorang (kanak-kanak 3-12 tahun) - kongsi bilik berkatil

Pakej 3 Hari 2 Malam Termasuk :-
- 1 malam penginapan di Kundasang  
- 1 malam penginapan di Kota Kinabalu 
- 2 x sarapan pagi di Hotel 
- 1 unit kereta sewa pandu sendiri  - 48 jam


ANTARA TEMPAT-TEMPAT YANG MENARIK DI KOTA KINABALU & KUNDASANG :-

 KUNDASANG WAR MEMORIUM - Tempat Peninggalan Orang-orang inggeris sewaktu penjajahan sabah. Disini kita kena naik lebih 50 anak tangga untuk smpai ke atas untuk menikmatan pemandangan yang cukup cantik dan istimewa.

 DESA DAIRY FARM - Lokasi disini cukup indah ala-ala New Zealand. perjalanan disini kena mendaki menggunakan kereta dalam 15 minit dari bawah nak ke atas dan cuacanya memang sejukk. Dekat sini jugak kita dapat lihat sendiri lembut susu new zealand. Tempatnya sangat cantik dengan rumput-rumput yang menghijau dan berlatar belakangkan gunung Kinabalu

 LUANTI FISH SPA - Aktiviti disini kita bagi makanan dekat ikan, ikannya jinak hingga boleh dipegang dan juga airnya sangat jernih.

 RUMAH TERBALIK - Istimewanya disini kita dapat melihat semua alatan dalam rumah serta kereta yang terdapat diluar, semuanya dalam keadaan terbalik. Sangat sesuai untuk bergambar.

 SABAH TEA - Sabah tea umpama Cameron Highland lah. Daun teh yang segar menghijau. Kita boleh minum teh panas diatas ketinggian 800 meter dari aras laut, dengan cuaca yang sejuk dan nyaman.

 BANGUNAN YAYASAN SABAH - Bangunan yang reka bentuknya dibuat umpama bateri sekaligus menjadikan dia bangunan yang unik di sabah.

 TODAK WATERFRONT - Tempat yang wajib pergi ketika bercuti disabah. Masa untuk berseafood banyak dan murah. Harga Lobster RM 14.00 100gram. 

 PASAR FILIPINA - Salah satu pasar terbesar di Sabah dan disini terdapat pelbagai barang-barang yang boleh dibeli. Ada mutiara sabah dengan gred mutiara yang terbaik di Sabah, 
ikan-ikan kering, ikan bilis, cenderamata & banyak lagi!

 NIGHT MARKET KG. AIR - Night market yang dibuka setiap hari. Terdapat pelbagai barangan yang boleh dibeli serta dihiburkan dengan live band.

No comments:

Post a Comment