Wednesday, 13 December 2017

Pakej Chiangmai & Chiangrai (Thailand)




RM 699.00 nett dewasa (minima 6 orang)



Harga Termasuk :-
- 3 malam penginapan di Chiangmai 
- Pengangkutan pergi & balik dari Airport ke Hotel
- 3 x sarapan pagi di Hotel, 2 x makan tengahari & 3 x makan malam di 
  Restoran Tempatan (HALAL)
- Lawatan seperti dalam jadual
- Pemandu pelancong 

Harga Tidak Termasuk :-
- Tiket penerbangan 
- Lawatan tambahan
- Insuran perjalanan
- Tipping (RM 50.00 nett seorang) 
- Harga tertakluk kepada perubahan semasa Peak Season
- Item yang tidak dinyatakan (seperti di atas)

Tentatif Jadual Perjalanan :-

Hari 1 (makan malam)
Tiba di Chiangmai. Peserta akan dibawa melawat ke Hedaytul Islam - Baan Haw Mosque yang terletak di Night Bazaarmerupakan Masjid yang terbesar di Chiang Mai. 
Dibina pada kurun ke-19 oleh sekumpulan penduduk cina yang majoriti berasal dari Yunnan. Sambung lawatan ke San Kham Pang Village (Handicraft Centre) - Thai Silk, Cotton, Barangan Perhiasan Wanita, Lukisan, Payung & Madu Lebah. Makan malam akan disediakan di Restoran Tempatan. Bertolak ke Hotel. Daftar masuk Hotel. Aktiviti bebas.

Hari 2 (sarapan pagi, makan tengahari & makan malam)
Sarapan pagi di Hotel (disediakan). Peserta akan dibawa melawat ke Elephant Camp + Elephant Show. Sambung lawatan ke Orchid FarmButterfly Farm dan Mix Hill Tribes – Long Neck Karen Tribes. Makan tengahari & makan malam akan disediakan. Bertolak pulang ke Hotel. Aktiviti bebas.

Hari 3 (sarapan pagi, makan tengahari & makan malam)                                            
Sarapan pagi di Hotel (disediakan). Peserta akan dibawa ke Chiangrai. Dalam perjalanan, singgah di Mae Kajan Hot Spring. Sambung lawatan ke kawasan segi tiga emas di persimpangan antara Mekong River & Kong River (sempadan Thailand Burma & Laos).
Di sini terdapat kedai yang menjual pelbagai jenis barangan dari Myanmese beserta cenderahati. Makan tengahari & makan malam akan disediakan di Restoran Tempatan. Bertolak pulang ke Hotel. Aktiviti bebas.

Hari 4 (sarapan pagi)
Sarapan pagi di Hotel (disediakan). Aktiviti bebas. Daftar keluar Hotel. Bertolak ke Airport 

No comments:

Post a Comment